16 Dec 2011

DARK AGE OF 5 YOUNG MALE PART 1

"kau betul ke nak wat keje nie kahar ?"
"kau rileks je zim ,kita cuba je dulu ."
"seyes ? kau ok . aku ok . "
"korang plak amacam ?"

malam tu guwa ingat lagi , senior panggil kteorang berlima ke kamar 8 . gua pikir , da kompem nie sesi temuduga antara buku lima dan badan papan lapis kami .apa gua dah buat ? nak kata gua angkut selipar dieorang kat surau tadi , mcam mustahil , nak kata gua kebas hati aweks dieorang , mmg bukan taste guwa berchenta dengan orang lebih tua , gua bising dalam surau ? err , dieorang BADAR ke nk sound guwa . xkesah la , kteorang berlima redha je mlam tu . pkul 12.30 tak silap gua dieorang pggil . sebelum tu kiteorang siap workout segala bagai , takut kemungkinan ada sesi sparing . at least , xde la kena sayur teruk nnti . 
"kau masuk dulu la Blur " (surfname kawan gua , dia paling lampi dalam pasukan)
" betapa butuhnye korang letak aku sebagai umpan . takde2 , kita masuk sama2 . ok ?"
"aku seram lah , dieorang tu dah la stok mcam pahlawan Gurkha punye langsi . skali dieorang    menyetan , British pun malu nak mengaku dieorang penjajah kau tau tak ."
"ceitt , dah-dah . kita masuk sama-sama . Mad , kau bukak pintu tu cepat "
guwa sumpah dah ketar lutut time nie , , , , 
 "haah , sampai pun lu barua2 yang dikasihi " . 
pembuka bicara yang amat formal bagi mereka . tanpa salam dan budi bicara .  mentang-mentang matapelajaran sivik tak diajar di dalam kelas , sesedap melon je panggil kiteorang berlima barua . 
 "kau agak apa tujuan kiteorang panggil korang datang nie .." 
"lu ingat guwa fortune teller ke ? klu ye , da lama gua ramal tarikh mati korang ."  gua maki dalam hati .  "kiteorang tengah lapar tahap petala ke lapan nie . korang pegi fly jap pegi kedai makan depan tu . belikan kiteorang nasi bujang 5 bungkus .. "
nasi bujang ? bila masa pulak nasi dah pandai berbujang2 nie . apasal tak mintak nasi dara or janda . da kompem2 lagi sedap . nak search google , mana gua nak cekau laktop n sambungan internet . maka kami berlima buat-buat tau je tu nasik apa . dalam otak guwa da terbayang seorang bujang teruna tengah landing atas nasik . shuhhh , apa punya pemikiran . -__-"

malam tu jugak kiteorang berlima dapat full walktrough dari senior2 yg memang da pakar selok belok laluan belakang skola . time nie x wujud lagi phone bernavigasi . so , pakai hafal je .
  • mula2 , lu orang panjat pagar belakang tu . hati2 . da nak robor pagar tu .
  • then , korg akan lalu kebun sayur sekolah . kat sana korang baca la apa yg patut . pokok pisang tu dengarnye ade pocong . (part nie aku tak suka nak dengar) 
  • then jumpa jalan belakang tu , korang terus .
  • pastu , nampak banglo putih kosong tu , korang turn left . 
  • teruskan jorney sampai la jumpa jalan besar tu . 
  • turn right , korang jalan sampai jumpa restaurant PAPA . 
  • selamat berjaya !

 "cilaka.." . ayat pertama yg keluar dari mulut gua bila kiteorang menapak kluar je dari kamar tu . ingat aku pasukan bantuan penyelamat somalia ke hapa . nak tolong orang dalam kelaparan .


kau ingat kau muka comel aku ikhlas nk tolong ke huh !
malam tu , kiteorang mula menghafal surah pendinding yg ustaz ajar haritu kat surau . daripada tak hafal ayat kursi , malam tu gua sekumpulan dengan lancar dapat baca . gila desperate . dibuatnye hafal yaasin , mau sampai minggu depan senior2  guwa tu tak makan . setelah siap sesi mencari outfit sesuai , torchlight ,tiba-tiba Blur suggest bawak ridset , gelak guling2 kiteorang berempat , kiteorang pun kencing dia sekali , "nie dah pukul 2 , mana ada nyamuk . semua dah tidur dengan family dia dalam air .." . "Ooooo.." . dia menjawab sepatah . nie salah satu bukti kenapa kiteorang panggil dia Blur , loading tahap komputer barai . tak pernah servis agaknye ... 

"ok . smua siap . kita gerak jom . mulakan misi survival kita dengan ummul furqan . wuduk semua ada ?" . da cuak baru la smua nak ingat tuhan , macam hapa je . so , the journey begin .
aku tak kira , aku nak kaler merah ,  haha ,

p/s : sorry rakan2 terlibat , gua terpaksa guna nama sebenar . haha .





Reactions:

0 pujian / makian:

Post a Comment

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Online Project management